Monday 2 January 2012

SELAMAT MENDAFTAR KEPADA PELAJAR BARU DAN PELAJAR SENIOR


Assalamu'alaikum Wbt, Wth.

PASTI ASSOLIHIN Merlimau Pasir mengucapkan selamat datang dan selamat mendaftar kepada pelajar baru dan pelajar senior. Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang terus memberikan sokongan dan dokongan serta kepercayaan kepada PASTI ini.

PASTI ini sangat berbangga dengan pencapaian akademik adik-adik PASTI 2011. Lebih 70% pelajar telah mencapai tahap sangat cemerlang dalam pembelajaran mereka. Selain itu, adik-adik ini juga telah diterapkan dengan semangat berpasukan dan bekerjasama melalui lawatan ke zoo melaka dan acara sukaneka pasti. Mereka juga diperkukuhkan amalan solat melalui bengkel Smart Solat. Selain itu, mereka juga telah berkenalan dengan beberapa jenis robot sebagai menarik minat mereka dalam bidang teknologi.

Tahun 2012 bakal menyaksikan beberapa perubahan dalam perjalanan PASTI ini. Antara yang menarik adalah tambahan subjek Asas Robotik dan Asas Elektronik. Selain itu, PASTI juga akan menerapkan amalan solat sunat dhuha selain menggalakkan warga PASTI termasuk para ibu bapa untuk mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Pihak Pengurusan PASTI ASSOLIHIN sekali lagi mengalu-alukan kehadiran adik-adik yang baru dan sangat menghargai adik-adik senior. Semoga sesi persekolahan 2012 akan menjadi lebih cemerlang dan lebih bermakna buat warga PASTI.

Sekian, terima kasih.
Click to Make One