Falsafah Visi Misi Objektif

 


KENALI PASTI ANAK ANDA…


FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI


Satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan. Mengambil kira potensi dan bakat yan sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan tunas Islam menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.



VISI

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah sebagai Elemen Terpenting



MISI

Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan serta Kuantiti PASTI di Malaysia Bagi Menjadikan PASTI Pilihan Utama Kepada Masyarakat Yang Cintakan Pendidikan Islam


 
OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI


1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

2. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

3. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.

4. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.

5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.


 
Click to Make One