Wednesday, 29 August 2012


TARIKH: 1 SEPTEMBER 2012 (SABTU)

MASA: 8 PAGI - 1 TENGAHARI

TEMPAT: PASTI AS-SOLIHIN, MERLIMAU PASIR, MELAKA

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!

Sunday, 26 February 2012

KELAS ROBOTIK SIRI 1 2012

Alhamdulillah, pada 24 Febuari 2012, PASTI As-Solihin telah berjaya menganjurkan Kelas Robotik Siri 1 dengan kerjasama Brainy Young Caliph, Melaka. Para pelajar telah didedahkan dengan teknik asas pembinaan robot mengikut manual rekabentuk yang telah disediakan. Para pelajar merasa sangat teruja dengan pendekatan kelas ini sehingga tidak mahu melepaskan robot mereka walaupun masa persekolahan telah tamat. Semoga mereka bakal menjadi insan yang akan membangunkan teknologi tinggi negara pada masa akan datang.





Thursday, 23 February 2012

ROBOTIC CLASS AT PASTI ASSOLIHIN


BRAINY YOUNG CALIPH will be in Pasti Assolihin, Merlimau Pasir for robotic class tomorrow, 24th February 2012. BYC will be using OLLO for 6 years old and Morphun for the younger students. We wish all PASTI students will enjoy the Robotic Class tomorrow.

Sunday, 19 February 2012

KURSUS PENJAGAAN GIGI PELAJAR PASTI AS-SOLIHIN


Alhamdulillah, pada 17 Febuari 2012, pelajar PASTI As-Solihin telah menjalani kursus asas penjagaan gigi. Mereka telah diperkenalkan kepada teknik menggosok gigi dengan cara yang betul serta penjagaan pemakanan untuk menjaga kesihatan gigi. Kursus ini telah dikendalikan oleh pembantu perubatan yang bertauliah dan pihak PASTI As-Solihin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kursus ini. Semoga para pelajar PASTI akan beroleh menfaat daripadanya.

Sunday, 12 February 2012

PERTANDINGAN MEWARNA DAN SUKANEKA PASTI

Alhamdulillah, Program Pertandingan Mewarna dan Sukaneka PASTI Negeri Melaka telah berjaya dilangsungkan pada 12 Febuari 2012 bertempat di PASTI As-Solihin, Merlimau Pasir, Merlimau Melaka. Program ini bertujuan mendekatkan PASTI dengan masyarakat setempat dan telah menerima 127 penyertaan daripada kanak-kanak sekitar Merlimau untuk pertandingan mewarna. Program ini juga dimeriahkan dengan acara sukaneka rakyat dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para ibu bapa yang hadir. Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan oleh Pegawai Kesihatan Bertauliah di Malaysia. Program ini juga telah membuka ruang niaga untuk usahawan tempatan bagi meningkatkan ekonomi mereka. Program ini diadakan bersempena Program JOM UBAH anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. PASTI As-Solihin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DPP Pusat dan DPP Negeri Melaka kerana telah memilih PASTI As-Solihin sebagai tempat bertandang. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh masyarakat setempat yang telah memberikan sambutan dan kerjasama yang sangat menggalakkan kepada program ini.






Tuesday, 7 February 2012

COLOURING CONTEST AND TELEMATCH AT PASTI AS-SOLIHIN

KELAS ASAS ELEKTRONIK SIRI 1

Alhamdulillah, pada 3 Febuari 2012, Kelas Asas Elektronik Siri 1 telah berjaya dijalankan dengan bantuan daripada Brainy Young Caliph Melaka. Seramai 21 orang pelajar PASTI As-Solihin telah berjaya mengikuti kelas ini dan rata-rata mereka sangat teruja dengan aktiviti yang disediakan. Para pelajar telah diajar untuk membina litar mudah seperti litar untuk menghidupkan kipas dan menyalakan mentol. Mereka juga telah diajar prinsip asas sebuah litar elektronik. Semoga mereka akan menjadi tenaga mahir yang berguna untuk negara suatu hari nanti. Amin.






Wednesday, 1 February 2012

AKTIVITI TAMBAHAN PELAJAR DAN IBU BAPA PASTI BULAN FEBUARI 2012

Kepada para ibu bapa PASTI Assolihin, sukacita dimaklumkan bahawa PASTI As-Solihin akan menganjurkan beberapa program tambahan dalam bulan Febuari 2012. Program tersebut adalah seperti berikut:



Puasa Sunat (Amalan PASTI Seluruh Malaysia)

Tarikh                  : 2 Febuari 2012 (Khamis)

Sasaran                : Warga Pasti (Ibu Bapa, Guru dan Pengurusan PASTI)



Kelas Asas Elektronik           

Tarikh                : 3 Febuari 2012 (Jumaat)

Tempat              : PASTI As-Solihin

Masa                 : Waktu Persekolahan

Sasaran             : Pelajar PASTI



Kursus Penjagaan Gigi

Tarikh              :17 Febuari 2012 (Jumaat)

Tempat             : PASTI As-Solihin

Masa                : Waktu Persekolahan

Sasaran            : Pelajar PASTI



Sehubungan itu, pihak kami berharap agar tuan/puan dapat memastikan kehadiran anak-anak tuan/puan pada tarikh yang ditetapkan. Kami juga berharap agar tuan/puan dapat bersama kami dalam melaksanakan amalan puasa sunat ini untuk sama-sama kita melatih iman kita supaya tunduk kepada Allah SWT.

Monday, 2 January 2012

SELAMAT MENDAFTAR KEPADA PELAJAR BARU DAN PELAJAR SENIOR


Assalamu'alaikum Wbt, Wth.

PASTI ASSOLIHIN Merlimau Pasir mengucapkan selamat datang dan selamat mendaftar kepada pelajar baru dan pelajar senior. Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang terus memberikan sokongan dan dokongan serta kepercayaan kepada PASTI ini.

PASTI ini sangat berbangga dengan pencapaian akademik adik-adik PASTI 2011. Lebih 70% pelajar telah mencapai tahap sangat cemerlang dalam pembelajaran mereka. Selain itu, adik-adik ini juga telah diterapkan dengan semangat berpasukan dan bekerjasama melalui lawatan ke zoo melaka dan acara sukaneka pasti. Mereka juga diperkukuhkan amalan solat melalui bengkel Smart Solat. Selain itu, mereka juga telah berkenalan dengan beberapa jenis robot sebagai menarik minat mereka dalam bidang teknologi.

Tahun 2012 bakal menyaksikan beberapa perubahan dalam perjalanan PASTI ini. Antara yang menarik adalah tambahan subjek Asas Robotik dan Asas Elektronik. Selain itu, PASTI juga akan menerapkan amalan solat sunat dhuha selain menggalakkan warga PASTI termasuk para ibu bapa untuk mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Pihak Pengurusan PASTI ASSOLIHIN sekali lagi mengalu-alukan kehadiran adik-adik yang baru dan sangat menghargai adik-adik senior. Semoga sesi persekolahan 2012 akan menjadi lebih cemerlang dan lebih bermakna buat warga PASTI.

Sekian, terima kasih.

Monday, 29 August 2011

Salamat Hari Raya Aidil Fitri

Allahuakbar 3x

Kami, warga pengurusan PASTI As-Solihin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga PASTI terutamanya pelajar dan ibu bapa PASTI As-Solihin, juga kepada masyarakat di Merlimau yang selama ini telah banyak mendokong dan menyokong kami. Semoga lebaran kali ini menjadi lebaran terbaik kita setelah menempuh ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan.

Tuesday, 16 August 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA MASKOT PASTI

Pasti Malaysia menganjurkan pertandingan mencipta maskot bagi menggiatkan usaha promosi dan memperkenalkan Pasti agar masyarakat dapat mengenali institusi pendidikan prasekolah itu dengan lebih dekat.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pasti, Mad Shahmior Mat Kosim, maskot yang dicipta mestilah mudah dikenali dan kelihatan mesra bagi membantu mempromosikan Pasti ke tengah masyarakat

Beliau berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada warganegara Malaysia dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Ogos 2011.“Maskot yang dicipta hendaklah sopan dan menepati ciri-ciri akhlak Islam, boleh menggunakan rujukan haiwan, tumbuhan mahupun manusia dewasa atau kanak-kanak.

“Penerangan konsep mascot boleh dibuat secara bertulis, beranimasi atau menggunakan video,” jelasnya.Hasil ciptaan maskot, tambah Shahmior hendaklah asli dan bukan plagiat daripada mana-mana pihak.Pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM1,000. Hasil karya boleh dihantar ke Sekretariat Pertandingan Mencipta Maskot Pasti Malaysia, Ibu Pejabat Pasti Malaysia, No. 1027, Jalan Samudera Utama, Taman Samudera, 68100 Batu Caves, Selangor atau emel ke pasti_pusat@yahoo.com.my
Pertanyaan lanjut boleh dibuat ke Ibu Pejabat Pasti Malaysia di talian 03 61876592.
Sumber: Jabatan PASTI, DPPK Jasin

Sejarah Bendera Malaysia


Saturday, 6 August 2011

RAMADAN, AL-QURAN DAN UMAT ISLAM


Al-Quran adalah mukjizat yang amat besar yang dikurniakan oleh Allah kepada umat Islam dan kepada manusia seluruhnya. Di dalamnya terkandung hikmah yang tidak terhingga banyaknya. Tetapi malangnya kitab yang amat besar khazanahnya ini telah tidak digunakan sepenuhnya oleh manusia. Jadilah Al-Quran itu digunakan untuk hanya menghalau hantu dan syaitan. Digunakan untuk dilagu-lagukan. Al-Quran dijadikan bahan-bahan kajian ilmiah semata-mata. Samada di pusat-pusat pengajian dan di pentas-pentas seminar sahaja. Wal hal Al-Quran yang hebat ini boleh memberikan sesuatu yang lebih besar maknanya dari itu.


TUJUAN MEMBACA AL-QURAN

            Tujuan Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia bukanlah  untuk dijadikan bahan bacaan semata-mata. Bukan pula untuk tujuan dikhatamkan sahaja. Tetapi matalamat Al-Quran diturunkan adalah sebagai pembeda antara yang hak dan yang batil. Firman Allah SWT :

“Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan permulaan Al-Quran. Menjadi petunjuk dan penjelasan kepada petunjuk dan sebagai pembeda (antara yang hak dan yang batil)”
(Al-Baqarah : 185)

SIKAP UMAT ISLAM TERHADAP AL-QURAN DAN AKIBATNYA

          Umat Islam seperti yang disebut dalam Al-Quran adalah umat yang terbaik. Yang melakukan dua pekerjaan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Firman Allah SWT :

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Iaitu kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan beriman kepada Allah”
( Ali-Imrah :110)

          Tetapi, apa yang berlaku tidak seperti apa yang disebutkan dalam Al-Quran. Umat Islam kini terhina dan dihina. Ini adalah kerana perilaku umat Islam telah menjadi songsang. Merekalah menjadi penganjur kemungkaran dan penghalang bagi terlaksananya kebenaran (al-hak). Pantang sahaja ada majlis-majlis heboh-hebohan. Merekalah yang akan menjadi pelangan utama yang meramaikan majlis tersebut.
         
Sempena di bulan barakah Ramadan Al-Mubarak ini marilah kita umat Islam melakukan perubahan bermula daripada diri sendiri. Tingkatkan penghayatan kita kepada Al-Quran. Daripada menjadikannya sebagai  tadarus dan khatam semata-mata kepada menjadikan al-Quran sebagai dustur (panduan) dalam kehidupan. Insyallah kita akan menjadi suatu umah yang pernah dilahirkan oleh Rasulullah SAW iaitu “Generasi Al-Quran” yang pernah menjadi guru kepada dunia dalam segenap bidang.

Sumber: Buletin PASTI Negeri Johor

Tuesday, 2 August 2011

Al-Fatihah

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada Cikgu Norlida, Guru PASTI As-Solihin telah kembali ke rahmatullah  pada sekitar 11 malam 2 Ramadhan. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor pada 3 Ramadhan. Kepada semua keluarga PASTI As-Solihin, bolehlah menziarahi Cikgu Norlida dikediamannya berdekatan Jalan Dato' Nawar, Merlimau, Melaka. Seluruh keluarga PASTI As-Solihin mendoakan agar roh Bonda Cikgu Norlida ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Monday, 1 August 2011

Gotong Royong Mengecat PASTI As-Solihin



Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, maka gotong-royong mengecat PASTI As-Solihin telah berjaya diadakan pada 30 Julai 2011. Gotong-royong ini telah dihadiri oleh ramai  penduduk daripada masyarakat setempat. Daripada warga emas sehinggalah remaja dan kanak-kanak telah memeriahkan aktiviti ini. Gotong-royong ini juga telah dihadiri oleh beberapa pemimpin masyarakat setempat, antaranya adalah Sdr Aminuddin Abdul Jalil. Secara keseluruhan, gotong-royong ini telah berjaya menceriakan wajah PASTI As-Solihin. Diharapkan agar ianya memberi suasana yang ceria dan selesa untuk anak-anak kecil kita mempelajari asas agama yang mereka cintai. Pengurusan PASTI As-Solihin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan gotong royong ini. Tidak dilupakan juga kepada mereka yang telah menderma samada kewangan, cat, peralatan mengecat, makanan dan sebagainya. Semoga Allah memberkati anda semua.

Thursday, 28 July 2011

PERUBAHAN WAKTU BELAJAR BERSEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Sukacita dimaklumkan bahawa waktu  tamat persekolahan PASTI As-Solihin telah diawalkan bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Perubahan waktu adalah seperti berikut:

Waktu Tamat Persekolahan Biasa                               : 12.00 tgh
Waktu Tamat Persekolahan Bulan Ramadhan            : 11.30 pagi 


Sehubungan itu, diharap tuan/puan dapat menjemput anak tuan/puan pada waktu yang telah dimaklumkan sepanjang bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun, waktu pembelajaran akan kembali seperti biasa selepas bulan Ramadhan.

Kerjasama tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Wednesday, 27 July 2011

PASTI Bersamamu

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada guru PASTI As-Solihin, Cikgu Norlida sedang berada dalam keadaan sakit. Kami warga pengurusan dan ibu bapa PASTI As-Solihin merasa sedih dan turut bersimpati dengan keadaan tersebut. Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah berhubung sendiri dengan Cikgu Norlida di PASTI-As-Solihin pada waktu persekolahan atau menziarahi beliau dikediamannya. Semoga keperihatinan kita dapat menceriakan keluarga Cikgu Norlida.

Gotong Royong PASTI As-Solihin 2011-2


Kepada AJK dan Ibu Bapa PASTI As-Solihin dan Masyarakat Merlimau yang dihormati,

PASTI As-Solihin sedang mengalami proses transformasi. InsyaAllah pada hari Sabtu ini, 30 Julai 2011, akan diadakan majlis gotong-royong untuk mengecat bangunan PASTI As-Solihin bermula jam 9 pagi. Sehubungan itu, semua ibu bapa dan masyarakat di Merlimau dijemput untuk turut sama dalam gotong-royong ini. Mudah-mudahan, ia mampu menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan ceria kepada anak-anak kecil kita. Semoga ia menjadi ibadah buat kita semua. Kepada yang datang, anda digalakkan untuk membawa peralatan mengecat bersama. Terima kasih.

Tuesday, 26 July 2011

PASTI AS-SOLIHIN MENUJU TRANSFORMASI


Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, dapat diterbitkan bulletin PASTI As-Solihin keluaran bulan Ogos. Sepertimana yang sedia maklum, bulan ini merupakan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Didalam bulan ini juga diturunkan satu risalah terbesar buat panduan umat manusia iaitu Al-Quran. Dalam keluaran ini, sedikit tazkirah berkenaan bulan Ramadhan dan Al-Quran diselitkan untuk sama-sama kita renungi dan hayati. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama. 

PASTI juga dalam usaha melakukan transformasi. Bermula dengan gotong-royong membersihkan bangunan PASTI pada bulan JUN, pihak pengurusan PASTI juga merancang untuk membaik pulih bangunan PASTI untuk kemudahan anak-anak kecil yang dahagakan ilmu agama sebagai panduan hidup mereka dikemudian hari. Sehubungan itu, pihak kami sangat mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan terutamanya dalam bentuk kewangan. Sumbangan bolehlah diberi terus kepada guru-guru PASTI As-Solihin.

Pengurusan PASTI juga ada membuat jualan kerepek bersempena sambutan Aidil Fitri tidak lama lagi. Sampel kerepek boleh didapati di pejabat PASTI As-Solihin pada waktu persekolahan. Selain itu, pengurusan PASTI dengan kerjasama Kedai Yunus Versatile Enterprise, Kedai Esah & Sons dan Kedai Ayam Bob telah menjual produk jus minuman yang diperbuat daripada daun pokok stevia. Produk ini tidak mengandungi gula tetapi menggunakan manisan tumbuh-tumbuhan daripada daun pokok stevia dan tidak memudaratkan kesihatan. Sebahagian daripada keuntungan jualan kerepek dan jus minuman ini akan digunakan untuk membantu Tabung Transformasi PASTI As-Solihin.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang selama ini berterusan membantu PASTI As-Solihin. Saya juga menyeru kepada tuan/puan untuk bersama-sama membantu anak-anak kecil kita mempelajari dan mengenali Islam dalam keadaan yang lebih selesa. Mudah-mudahan menjadi ibadat buat bekalan kita di akhirat nanti. 

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Friday, 22 July 2011

Bulan Syaaban Bulan Penuh Kerahmatan

Pendahuluan

Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah;

Bahawasanya Nabi SAW paling banyak berpuasa (sunat) dalam bulan Syaaban. Apabila ditanyakan kepada baginda tentang itu, maka baginda pun menjawab: Orang biasa melupakan bulan itu (Syaaban)  yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang diangkat segala amalan kepada Tuhan Seluruh Alam dan aku suka jika amalanku diangkat ketika aku berpuasa" (Direkodkan oleh Imam Ahmad dan An-Nasai)

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua Rejab yang dipenuhi dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segalan dosa. Pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat kepada Rasulullah S.A.W
  • Memperbanyakkan Bertaubat

PERISTIWA PENTING DI DALAM BULAN SYAABAN
  • Malam Nisfu Syaaban
  • Penukaran Arah Kiblat daripada Baitul Muqaddis kepada Baitullah
  • Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini di sampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. peperangan ini dari Madinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5Hijrah. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

sumber: www.al-azim.com@ Bahagian Falak dan Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Melaka
Click to Make One