Sunday 12 February 2012

PERTANDINGAN MEWARNA DAN SUKANEKA PASTI

Alhamdulillah, Program Pertandingan Mewarna dan Sukaneka PASTI Negeri Melaka telah berjaya dilangsungkan pada 12 Febuari 2012 bertempat di PASTI As-Solihin, Merlimau Pasir, Merlimau Melaka. Program ini bertujuan mendekatkan PASTI dengan masyarakat setempat dan telah menerima 127 penyertaan daripada kanak-kanak sekitar Merlimau untuk pertandingan mewarna. Program ini juga dimeriahkan dengan acara sukaneka rakyat dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para ibu bapa yang hadir. Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan oleh Pegawai Kesihatan Bertauliah di Malaysia. Program ini juga telah membuka ruang niaga untuk usahawan tempatan bagi meningkatkan ekonomi mereka. Program ini diadakan bersempena Program JOM UBAH anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. PASTI As-Solihin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DPP Pusat dan DPP Negeri Melaka kerana telah memilih PASTI As-Solihin sebagai tempat bertandang. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh masyarakat setempat yang telah memberikan sambutan dan kerjasama yang sangat menggalakkan kepada program ini.






No comments:

Post a Comment

Click to Make One